INFLUENCER VS. COUNTERFEIT
Hey, kali ni aku nk hapdet sikit pasal yang tgh hot skrg ni..kes page instagram (IG) yang reveal and create awareness bg product counterfeit..ape tu counterfeit? ok aku bg definition counterfeit k...
senang cite counterfeit ni meniru sesuatu..fokus aku skrg counterfeit product..dimne berlambak brg2 yg ditiru bulat2 terutama jenama2 yg terkenal/mewah spt yang on trend skrg jenama SUPREME, OFFWHITE, CHAMPION, LV, GUCCI dll....sbb skrg tgh on lit bende2 ni so lambakan brg tiruan..sbb nye jenama2 ni agak mahal bg sesetengah org...disebabkan on trend org2 yang tidak kemampuan ni..beli la product fake ni..and secara tak langsung terlibat dlm eksploitasi hak cipta barang jenama tu sendiri..
bila de lambakan bende gitu, nilai sesebuah jenama pun turut terjejas..cuba kita ni letakkn diri kita as businessman/woman person yang berhempas pulas untuk menaikkn jenama kita..tup2 ade org ciplak design kita or tiru..mesti la sikit sebanyak terjejas jgak...
ade yang ckp "alah, kiteorg tak mampu so mampu beli yang tiruan je" enough dengan pemikiran gitu..kalau tak mampu beli..ade brg lain yang mampu..knp perlu beli brg yang fake sedangkan org tau kedudukan diri kau dimne..bnyk lg jenama yang mampu milik contoh Padini punya brandline mcm padini authentic, pdi, seed, vincci dan miki..tu jenama2 yang mampu milik..why perlu try hard sgt beli brg yang fake..
ade jgak "dosa ke beli brg fake..ikut suka hati aku la nk pakai ape pun" dammm..if kau tak mampu beli brg ori..jgn ckp psal dosa pahala..dosa ok kalau pakai barang ciplak..buatnye owner tu tak redha sesape yang menggunakan jenama dia secara fake or tiruan..salah ye..
SOALAN:Assalamualaikum nak bertanya bolehkah jual barang tiruan? Kualitinya sama tetapi jenama tiruan.JAWAPAN:Waalaikumussalam wbt,Jika suatu barang itu dipatenkan dan dimiliki hak ciptanya oleh seseorang, maka hendaklah diminta izin daripadanya terlebih dahulu, jika tidak, maka boleh membawa kepada kezaliman mengambil hak orang lain.Sebaiknya, barang-barang yang dijual tidak diletakkan jenama atau logo yang membuat orang salah faham dan penipuan ia menyerupai produk lain yang memiliki perlindungan hak cipta dan paten.Aktiviti menjual barang tiruan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 oleh Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK).Wallahua’lam.
Kredit : Jabatan mufti wilayah persekutuan
Link : http://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1367-al-kafi-254-hukum-menjual-barang-tiruan
so, bg yang tak mampu pakai barang yang high end brand, please la ukur baju dibadan sendiri..if tak mampu beli yang bersesuaian dengan duit..bukan dengan cara membeli barangan tiruan..
0 comments